Thursday 11 September 2014

Sebelum Aku Clash.

Fairuyyah meletakkan al quran yang dipegangnya di atas meja. Tersenyum .

Dia melihat sahabat-sahabatnya masih ralit mendegarkan hafalannya kepada Ustaz Asjad.

'Dah habis menghafal ke Fairuyyah' sapa sahabatnya Safrinah .

'Alhamdulillah dah' . Tersenyum manis.


     Terfikirkan kisah silam. Yang menjadi dia seorang perempuan yang tabah  sekarang. Menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran dan kepuraan. Kalau dulu Fairuyyah hanya seorang gadis metropolitan yang biasa . Tapi kini bukan . Dia telah menjadi jiwa yang hebat . Seorang Mujahidah , seorang pejuang agama Allah . 

  
        'Ya Allah kuat ke aku untuk menghadapi ujianmu ini' . Menghela nafas panjang. Ujian buat dirinya bertalu talu. Dulu dan kini , ujian memang tak pernah sepi menyapa dirinya . 

             'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupanya' 


      Tersenyum semula teringatkan janji Allah. Allah tak akan membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya . ' Come on Fai don't give up Allah is always with you'. Bagi kata-kata semnagat untuk diri sendiri yang mula lemah tapi bangkit semula teringatkan janji Kekasih Hatinya . Allah .

---------------------------------------------------------------------------------------------


Telefon berdering. 

Fairuyyah pantas mendapkan telefon bimbitnya dan memberi salam.

    'Assallammualaikum , siapa ni?' 

 'Waalaikumussallam fai, ni aku la Damia'. Suara menangis .

    ' Damia awak ada masalah ke..? Kalau awak nak cerita masalah awak , saya datang bilik awak ni'.

  'Yes, I need you please come to my room this night , I beg you fai please come!' 

Talian telefon berakhir dengan suara tangisan Damia . 



Fairuyyah mengetuk pintu.


               Damia masih menangis teresak-esak didalam bilik keseorangan. Fairuyyah cuba menenagkannya.Entah apa yang telah terjadi dengan sahabatnya itu , dia hanya mampu menengkan sahabatnya . Damia mula ingin memulakan bicara , Damia menarik tangan Fairuyyah digengam erat tangan sahabatnya itu . 
        
       'Fai ,Mia tak sanggup dah . Mia cintakan dia Mia tak nak kehilangan dia ' Damia masih menangis hiba. 

           'Mia cintakan dia lagi? Lelaki yang tak pernah hargai Mia dalam hidup dia? Mia sedar tak yang ini semua akan seksa hidup Mia' Fairuyyah sedih melihat sahabatnya dipermaikan dengan playboy islamik yang kononya menawarkan kebahgiaan dan cinta suci tapi haikatnya hanyalah derita dalam kebersamaan.

          'Fai kau tak akan pernah faham apa yang aku rasa sebab kau tak tau rasa bercinta macam mana , rasa nak ditinggalkan dengan orang yang tersayang macam mana' Mia mempertahankan dirinya.


Fairuyyah hanya mampu berdiam seketika untuk mencari kata-kata terbaik  untuk sahabatnya mengerti betapa kasih serta sayangnya dia terhadap Damia hingga tak sanggup melihat hati sahabatnya terluka. 


        'Geramnya aku dengan playboy islamik siaplah kalau aku dapat dia memang habis aku kenakan' Getus Fairuyyah dalam hatinya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dalam bilik . Fairuyyah terkenangkan sahabatnya yang sedang lara dalam kisah cinta fatamorgana . 

Hmm . kesian Mia . Hati dia lembut sampai jadi macam tu sekali sebab cinta dia dipermainkan oleh seorang lelaki yang hipokrit . Kononnya seorang student agama tapi dia playboy islamik hanya bermain kata untuk mendapatkan wanita yang dia inginkan . Memikat untuk dijadikan calon isteri kononya mula dengan taaruf  tapi dengan mudah mencari wanita lain kerana merasakan Mia bukan calon isteri yang terbaik untuk diri dia .

    Fairuyyah sedikit terkesan dengan kata kata Damia yang menyatakan dia tidak dapat memahami apa yang dia rasakan kerana Fairuyyah tidak pernah bercinta . Dalam hati Fairuyyah menangis . Pilu dan sedih . Andai Damia tau hakikat yang sebenar bahawa dirinya dulu juga pernah merasa betapa sakitnya putus cinta . Tapi bagi Fairuyyah itu kisah lama kisah silam yang hanya menjadi kisah lipatan sejarah hidupnya. Dan Fairuyyah bersyukur dengan perpisahan cinta fatamorgana kerana dari situ dia mengerti betapa Cinta Allah hanya yang Esa dan terindah .

       
     Dulu Fairuyyah hanya gadis biasa . Biasa dalam hal agama . Dia dari keluarga yang biasa-biasa bukan berlatar belakang agama . Fairuyyah hanyalah gadis remaja yang mencari keseronokkan dunia . 


Dulu......

       Pakaian seksi itu pakaian  Fairuyyah , make up memang selalu menjadi hiasan mukanya . Yelah katanya dia buat semua tu untuk tarik perhatian lelaki. Dan memang apa yang Fairuyyah buat ketika itu mejadi tarikan para lelaki untuk mengorat dan mengoda dia. Lelaki mana tidak tertarik dengan keayuan dan kemanjaan Fairuyyah setiap lelaki inginkan Fairuyyah menjadi pasangan couple mereka. Tapi Fairuyyah menjadikan lelaki cuma kawan biasa dan tak pernah termakan dengan ayat  jiwang mereka .
      


Bersambung......